top of page

Membuat Servis Pembersihan Halaman Rumah di Kg Gaung, P.Mas

WhatsApp Image 2018-11-14 at 9.51.24 PM.

Baru-baru ini pada 9 Nov 2018, kami membuat kerja pembersihan halaman rumah di rumah pelanggan kami Pn. Zeti iaitu pensyarah KKTM P.Mas 

Beliau menjadi pelanggan tetap kami untuk kerja pembersihan halaman rumah selama 4 bulan ini. Beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Beliau meminta untuk kami memotong rumput di sekeliling halaman rumah selain meminta untuk mencabut rumput di bahagian pasu bunga dan bahagian longkang, selain itu, beliau meminta untuk mencuci longkang yang ada kelodak.

WhatsApp Image 2018-11-14 at 9.45.43 PM.

Sebelum membuat kerja pembersihan

WhatsApp Image 2018-11-14 at 9.45.43 PM

Selepas membuat kerja pembersihan  

Membuat Pendawaian Semula Di Kg Kok Lanas

WhatsApp Image 2018-11-14 at 10.27.06 PM

Baru-baru ini pada 15/09/2018 kami membuat kerja pendawaian semula rumah sewa yang hendak dijadikan sebagai homestay.

Pelanggan kami iaitu En.Badri meminta kami untuk membuat poin-poin baru untuk menggatikan poin lama yang telah dibuat sesuai dengan persekitaran homestay.

Rumah tersebut jenis semi-D yang terbahagi kepada 2 buah rumah dengan keadaan poin yang hendak dipasang sama antara rumah

Kerja yang kami lakukan ketika itu menarik kabel dari atas siling untuk membuat laluan poin kabel dan kini menunggu homestay tersebut siap pembaikan untuk kami memasang beban di homestay tersebut. 

Program Usahawan MARA

WhatsApp Image 2018-11-15 at 3.08.30 AM.

kursus keusahawanan anjuran mara bertempat pejabat MARA Kota Bharu, berlangsung selama satu hari 

bottom of page